Sunday, August 3, 2008

Luah hati utk jahilnya duniaku

Aku aku aku
Aku membenci kamu
Apa jeleknya aku berbanding kamu
Kamu kamu kamu
Merenungi segenap tubuhku
Memuntahkan kata kata nista
Hanya aku aku aku
Apa ada pada seorang aku
Aku manusia luar
Jauh dari tempat ini
Azalinya kita sama
Tapi kamu kamu kamu
Yang membezakan aku
Jangan renungi rantai yang melilit leherku
Jangan muncungi gelang gelang besi bermacam ragam membaluti tanganku
Jangan jelingkan mata-mata kamu pada celana pendek ku
Tapi hayati hati aku
Kenangi jasaku
Senyumlah pada keceriaanku
Setialah pada rentak hidup ku
Aku aku aku
Bukan kamu
Aku aku aku
hanya mampu jadi bisu
bila kamu kamu kamu
menjerkahi aku
aku aku aku
tetap manusia luar bagi kamu
kita tidak wujud bagi kamu
aku benci kamu kamu kamu
amarah ku ini akan ku bawa
akan ku kenang
ku tatap dalam ratapan album hidupku
aku menunggu
tahu
atau mengerti
kejahilan aku kah
atau kedaifan kamu untuk menilai dunia luar
ayuh kesini
masuklah kedunia aku
dimana tiada yang peduli
kerna mereka mengerti
ada apa pada aku aku aku........

3 comments:

LiLo said...

tak sangka kau begitu puitis, my love
hahahhaha

naja said...

aku geram sgt.lo aku luahkan guna kata2 biasa yg mampu kuar adlh babi @!@@%@)(*@(*@)@W@&)!@(#&@!)*#)!#& gitu...hahahah

Eamy said...

bila start jd fragile neh?
berkuat okeh..
u knw who u r..
u knw who they r..
so..fikirkan lah, it's not worth rite?

Post a Comment